Monday, November 29, 2010

2 Alam atau Putar Alam??

Kebelakangan ini,pawagam-pawagam di seluruh Malaysia penuh dengan filem yang best-best dan dikatakan bakal box office ataupun dalam bahasa Jawa Kunonya dikenali sebagai pecah panggung.Salah satu filem yang didakwa bakal pecah punggung,opps silap panggung adalah filem 2 alam.Filem ini yang diterbitkan oleh syarikat dR Movie Production dibawah kelolaan Dr Rozmey.Siapa dia Dr Rozmey??penjual putu mayamkah beliau??Salah jawapannya itu,kepada kalian yang tidak mengenali beliau,beliau ni adalah CEO syarikat Herba Prima Marketing dan juga pengasas produk kesihatan JusMate 5 yang berjaya.Asal korang belek je suratkhabar kosmo ataupun metro,pasti mukanya akan terpampang.Jadi memang mustahil la kalian tak kenal beliau,sedangkan pekerja indon yang bekerja sebagai buruh binaan pun kenal inikan pula kalian warganegara Malaysia..pffft!!!
Maka sebab yang pertama filem ini kureeeng yang aku dapati daripada sebuah blog di laman sesawang goggle adalah :
1) Plagiat Yang Tidak Menjadi
Kalau kalian perasan,poster yang digunakan memang tiru filem barat "THE EXORCIST".Kalau dah poster pun diplagiat daripada filem barat,maka secara tidak langsung akan memberikan stigma yang negatif kepada penonton.
2) Nak Bersaing Biar Kena Pada Tempatnya
Filem 2 Alam ditayangkan pada 18 November 2010 serentak dengan tayangan filem Harry Potter 7. Filem Harry Potter adalah filem yang boleh dikatakan tidak pernah gagal untuk mencapai kutipan beratus juta ringgit. Sudah tentulah orang ramai lebih kenal Encik Potter yang gagah perkasa dari Encik Adam ( bukan aku) yang pondan. Apa natijah yang berlaku? Lihat gambar dibawah…

3) Promosi Filem Yang Menjengkelkan
Suratkhabar-suratkhabar yang memaparkan promo filem ini ditulis dengan gaya yang menjengkelkan kepada sesiapa yang membacanya.Sekali baca,memang terserlah keangkuhan kerana mendakwa filem ini mengadunkan budaya 1 Malaysia dan dinanti-nantikan oleh rakyat jelata seluruh pelusuk negara sampai ada yang meracau-racau dan sawan khinzir dan tidak dilupakan juga mengigil-gigil badan sebab nak tonton filem ni.WHAT THE IKAANG...???Tak cukup dengan itu,poster filem 2 Alam juga disemakkan dengan gambar tuan punya penerbit itu sendiri sambil menunjukkan isyarat bagus.Tak pernah dalam sejarah filem Malaysia,producer lebih popular daripada artis yang berlakon dalam cerita tersebut.chait !!!
Itulah “dDR way”. Fail!!

4) Tidak Menerima Pandangan Dan Kritikan
Setiap manusia itu tidak sempurna. Setiap kegagalan perlu menghadapi kritikan dari orang lain lebih-lebih lagi apabila menceburi bidang perfileman. Well, dah filem ini tidak berjaya takkan wartawan dan orang ramai nak puji pulakan. Setiap kritikan itu boleh mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik apabila kita menerimanya dengan cara yang betul. Tapi kalau tak mahu menerima kritikan aku tak berani nak komen apa-apa laa kan.
Oh lupa nak beritahu anda Dr Rozmey.. Tahukah anda Oh! Media adalah salah satu medium terpenting dalam International Network (IT). Oh! Media menduduki tangga ke-11 dari 50 Facebook Page paling digemari di Malaysia sebaris dengan jenama-jenama terkenal. Jangan cari pasal dengan mereka kerana mereka ada lebih dari 150, 000 orang peminat. Maybe kalau anda menerima kritikan mereka dengan cara yang betul pasti filem anda tidak seteruk ini. Kalau anda bertanya apa yang orang ramai mahukan dari membuat keputusan sendiri pasti filem anda berjaya. Jangan jadi syok sendiri dalam membuat sesuatu. Kita suka, orang lain belum tentu suka.

5) Over Confident Melebihi Tahap Piawaian Yang Ditetapkan ISO 9000
Meletakkan sasaran kutipan pecah punggung panggung sebanyak RM40 Juta. Wow!! Pakcik kayo.. Ramai producer tanahair yang lebih senior juga tidak berani meletakkan sasaran sedemikian. Bila kita terlalu over confident kita akan dipandang hina oleh masyarakat. Senang kata orang ramai pandang anda sebagai BERLAGAK!! Siap anda kata bahawa filem ini yang dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia sampai menggigil-gigil. Waaa, dasyat betul imaginasi anda.
Bila kita hanya memikirkan soal keuntungan kita akan kehilangan nilai keikhlasan dalam diri kita. Aku pasti kalau Dr Rozmey ketepikan soal keuntungan dan committed 100% dalam soal menjaga kualiti perfileman Melayu seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pasti perkara sebaliknya akan berlaku. Tapi apa boleh buat, perkara dah jadi. Terima je laa yob.

No comments:

Post a Comment