Monday, November 29, 2010

2 Alam atau Putar Alam??

Kebelakangan ini,pawagam-pawagam di seluruh Malaysia penuh dengan filem yang best-best dan dikatakan bakal box office ataupun dalam bahasa Jawa Kunonya dikenali sebagai pecah panggung.Salah satu filem yang didakwa bakal pecah punggung,opps silap panggung adalah filem 2 alam.Filem ini yang diterbitkan oleh syarikat dR Movie Production dibawah kelolaan Dr Rozmey.Siapa dia Dr Rozmey??penjual putu mayamkah beliau??Salah jawapannya itu,kepada kalian yang tidak mengenali beliau,beliau ni adalah CEO syarikat Herba Prima Marketing dan juga pengasas produk kesihatan JusMate 5 yang berjaya.Asal korang belek je suratkhabar kosmo ataupun metro,pasti mukanya akan terpampang.Jadi memang mustahil la kalian tak kenal beliau,sedangkan pekerja indon yang bekerja sebagai buruh binaan pun kenal inikan pula kalian warganegara Malaysia..pffft!!!
Maka sebab yang pertama filem ini kureeeng yang aku dapati daripada sebuah blog di laman sesawang goggle adalah :
1) Plagiat Yang Tidak Menjadi
Kalau kalian perasan,poster yang digunakan memang tiru filem barat "THE EXORCIST".Kalau dah poster pun diplagiat daripada filem barat,maka secara tidak langsung akan memberikan stigma yang negatif kepada penonton.
2) Nak Bersaing Biar Kena Pada Tempatnya
Filem 2 Alam ditayangkan pada 18 November 2010 serentak dengan tayangan filem Harry Potter 7. Filem Harry Potter adalah filem yang boleh dikatakan tidak pernah gagal untuk mencapai kutipan beratus juta ringgit. Sudah tentulah orang ramai lebih kenal Encik Potter yang gagah perkasa dari Encik Adam ( bukan aku) yang pondan. Apa natijah yang berlaku? Lihat gambar dibawah…

3) Promosi Filem Yang Menjengkelkan
Suratkhabar-suratkhabar yang memaparkan promo filem ini ditulis dengan gaya yang menjengkelkan kepada sesiapa yang membacanya.Sekali baca,memang terserlah keangkuhan kerana mendakwa filem ini mengadunkan budaya 1 Malaysia dan dinanti-nantikan oleh rakyat jelata seluruh pelusuk negara sampai ada yang meracau-racau dan sawan khinzir dan tidak dilupakan juga mengigil-gigil badan sebab nak tonton filem ni.WHAT THE IKAANG...???Tak cukup dengan itu,poster filem 2 Alam juga disemakkan dengan gambar tuan punya penerbit itu sendiri sambil menunjukkan isyarat bagus.Tak pernah dalam sejarah filem Malaysia,producer lebih popular daripada artis yang berlakon dalam cerita tersebut.chait !!!
Itulah “dDR way”. Fail!!

4) Tidak Menerima Pandangan Dan Kritikan
Setiap manusia itu tidak sempurna. Setiap kegagalan perlu menghadapi kritikan dari orang lain lebih-lebih lagi apabila menceburi bidang perfileman. Well, dah filem ini tidak berjaya takkan wartawan dan orang ramai nak puji pulakan. Setiap kritikan itu boleh mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik apabila kita menerimanya dengan cara yang betul. Tapi kalau tak mahu menerima kritikan aku tak berani nak komen apa-apa laa kan.
Oh lupa nak beritahu anda Dr Rozmey.. Tahukah anda Oh! Media adalah salah satu medium terpenting dalam International Network (IT). Oh! Media menduduki tangga ke-11 dari 50 Facebook Page paling digemari di Malaysia sebaris dengan jenama-jenama terkenal. Jangan cari pasal dengan mereka kerana mereka ada lebih dari 150, 000 orang peminat. Maybe kalau anda menerima kritikan mereka dengan cara yang betul pasti filem anda tidak seteruk ini. Kalau anda bertanya apa yang orang ramai mahukan dari membuat keputusan sendiri pasti filem anda berjaya. Jangan jadi syok sendiri dalam membuat sesuatu. Kita suka, orang lain belum tentu suka.

5) Over Confident Melebihi Tahap Piawaian Yang Ditetapkan ISO 9000
Meletakkan sasaran kutipan pecah punggung panggung sebanyak RM40 Juta. Wow!! Pakcik kayo.. Ramai producer tanahair yang lebih senior juga tidak berani meletakkan sasaran sedemikian. Bila kita terlalu over confident kita akan dipandang hina oleh masyarakat. Senang kata orang ramai pandang anda sebagai BERLAGAK!! Siap anda kata bahawa filem ini yang dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia sampai menggigil-gigil. Waaa, dasyat betul imaginasi anda.
Bila kita hanya memikirkan soal keuntungan kita akan kehilangan nilai keikhlasan dalam diri kita. Aku pasti kalau Dr Rozmey ketepikan soal keuntungan dan committed 100% dalam soal menjaga kualiti perfileman Melayu seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pasti perkara sebaliknya akan berlaku. Tapi apa boleh buat, perkara dah jadi. Terima je laa yob.

Sunday, November 28, 2010

Aneh tapi benar...

Assalammualaikum...



Di sini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda semua, sediakan kalkulator, ia akan memberikan kejutan pada setiap dari anda yang membuat kiraan ini.

* Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat * Ikut arahan ini satu persatu.. * Jangan terus pergi ke arahan terakhir sebelum anda siapkan kesemua kiraan. * Bersedia dengan kalkulator anda !!! OK....

Kita mulakan...

1.  Mula-mula, tetapkan jumlah dalam seminggu... berapa kali anda ingin makan malam bersama suami atau isteri dan anak-anak di luar.  (tekan nombor di kalkulator)

2.  Darab atau kalikan dengan 2

3.  Tambah atau campurkan dengan 5

4.   Darabkan atau kalikan dengan 50

5.   Jika tarikh lahir anda pada tahun ini sudah lepas atau sudah berlalu .....tambah 1760,  sebaliknya tambah 1759 jika ianya belum lepas.

6.   Kiraan Terakhir :   Tolak tahun anda dilahirkan. (Contoh :  1941, 1973, 1985 dan sebagainya)

Jumlah yang anda dapat di kalkulator sekarang adalah dalam tiga digit nombor...kan !!

Digit pertama dari 3 digit tersebut - Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam bersama isteri atau suami dan anak-anak dalam masa seminggu.

Sekarang yang paling COOL !!! - 2 digit terakhir memberitahu anda.......Schroll di bawah

e
e
e
e
e
e
e
e
e
e
e
e
e
e
e
e


UMUR anda!!!!!!
2010 ADALAH SATU-SATUNYA TAHUN DIMANA PENGIRAAN INI BERHASIL

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

 Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          


           “WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
.

Kenangan Bersama SKE4A....

 maaf quality video x seberapa

PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA...

SALAM...
SHARE  SOMOETHING UNTUK JADIKAN PENDOMAN :)


 Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang


Simptom-Simptom awal...


Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
2. Kerap merasakan kesakitan pada dada. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangan semakin basah..


Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Perkara Yang Perlu Di Ambil Berat.....

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
7. Elakkan mandi selepas makan 
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada 
nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.



Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas....

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah  mutiara di lautan.)

Sekian wassalam.......